Assalamualaikum u all
Hai nak tnya pendapat kekawan TTC atau sesiapa yang tahu, boleh ke buat pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk tujuan perubatan (IVF) Sbb ada my fren beritahu, yang kawan dia ade buat IVF gunakan Akaun 2, tapi bila saya tanya (email) to KWSP ni jawapan diberikan
Pertanyaan
Saya ingin bertanyakan mengenai Pengeluaran untuk tujuan kesihatan. Adakah dibolehkan pengeluaran untuk tujuan membuat rawatan mendapatkan anak melalui IVF. Disebabkan penyakit ketumbuhan, (Endometeorsis) tidak boleh mengandung secara normal dan hanya melalui IVF sahaja. Jikalau boleh apakah syarat yang ditetapkan?
Terima Kasih
Maklum balas KWSP
Puan Suwaibah Baharuddin,
E-mel puan bertarikh 29 April 2014 adalah dirujuk.
Puan tidak dibenarkan mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk memohon Pengeluaran Kesihatan bagi membiayai rawatan kesuburan atau 'rawatan IVF'. Ini disebabkan rawatan kesuburan adalah tersenarai di dalam senarai ahli TIDAK layak memohon Pengeluaran Kesihatan seperti berikut:
1. Pesakit menghidap penyakit selain daripada penyakit kritikal yang diluluskan.
2. Membeli peralatan bantuan kesihatan yang tidak diluluskan.
3. Kos perubatan ahli atau ahli keluarga dibiayai sepenuhnya oleh majikan ahli/majikan ahli keluarga yang dibenarkan.
4. Ahli mendapat rawatan kesuburan.
5. Ahli mendapat rawatan alternatif seperti akupuntur atau kaedah tradisional.
Sehubungan itu, puan hanya boleh memohon Pengeluaran Kesihatan sekiranya penyakit yang dihidapi tersenarai di dalam senarai 55 penyakit kritikal yang diluluskan oleh Lembaga KWSP. Untuk maklumat lanjut, puan boleh klik kepada pautan: Pengeluaran Kesihatan
Bagi pertanyaan lain, puan boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000, melayari laman web rasmi KWSP http://www.kwsp.gov.my/,mendapatkan maklumbalas "online" melalui http://enquiry.kwsp.gov.my atau mengunjungi pejabat KWSP yang berhampiran.
Terima kasih.
"ANDA KEUTAMAAN KAMI"
Yang benar
Sarina
Eksekutif Khidmat Pelanggan
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Senarai 55 penyakit kritikal boleh view di sini . Ade sesiapa di sini yang pernah buat pengeluaran Akaun 2 untuk tujuan IVF?
Selain ni, saya tahu ade a few member yang dah buat IVF, but boleh saya tahu kawan2 kita ni dapatkan sumber kewangan dri mana? Mungkin ada yang gunakan simpanan sndiri.. but for me, kalau simpanan sndiri tu , dalam 10k nett mmg takdelah.. even IVF itself cost around 8k (gov) and kalau swasta more than 12k kalau tak silap.. itupun harga beberapa tahun yang lepas. and saya nak tanya pendapat , berbaloi ke kita buat pinjaman bank untuk tujuan IVF ni, sbbsya berkira2 nak buat pinjaman utuk tujuan ni.. well, saya blum lagi nak buat IVF, but skang dlm peringkat untuk survey.
Mungkin juga ada yang pikir nanti, tuk rawatan pun nak berkira.. ni bukan berkira sebab apa.. IVF ni bukannya murah, kewangan sndiri tak kukuh even chances peratusan untuk berjaya pun tak tinggi.. tapi ada je yg buat pertama kali dh berjaya.. rezeki Allah yang tentukan..
Any idea tuk dapatkan sumber kewangan untuk IVF?? thanks kekawan :)