Quantcast
Channel: The Suite Life Of Sue
Viewing all articles
Browse latest Browse all 201

Sumbangan Untuk Anak-Anak Yatim

$
0
0
Salam kekawan

Insha Allah pada 24 Feb 2012 nanti saya akan menyertai Program bersama anak-anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari bersama2 dengan blogger2 yang lain. 

Tujuan utama kami adalah untuk membantu meringankan beban mereka tak kira dari segi kewangan ataupun apa jua bantuan yang boleh diberikan. 

Rumah Amal Kasih Bestari ini telah diasaskan oelh Ustaz Hamzah Busu dan Puan Wan Rokiah dan menempatkan lebih 70 orang anak2 yatim.

  bayangkan anak-anak yatim seramai itu berkongsi di dalam sebuah rumah yang tak berapa besar.. hanya sebuah van yang dikongsi dan bergilir-gilir untuk ke sekolah

 berhimpit2 di ruang tv, berhimpit antara satu sama lain ketika hendak tidur, 
begitu juga ruang tuk mereka belajar pun suntuk. yup, mereka berhak dpt tmpat yang lebih baik

menurut sumber, Rumah Amal ini memerlukan lebih RM60,000.00 sebulan, antaranya untuk :
  •  perbelanjaan makan dan minum, 
  • sewa asrama dan penempatan staf, 
  • petrol dan maintenance kenderaan,
  •  bil elektrik, air dan telefon, 
  • pengurusan pentadbiran
  • wang saku sekolah pelajar
Saya tak dapat bayangkan kalau ahli keluarga saya sendiri atau sedara mara saya di tempat mereka. Tiada ibu bapa tmpat untuk bergantung..hanya di sini tmpat mereka menumpang , bergantung harap..
Jadi, pada kawan2, bantula mereka tidak kira apa jenis bantuan sekalipun

untuk bantuan kewangan boleh transfer ke Maybank saya
(RM1.00 pun amat besar ertinya)
Suwaibah Baharuddin
162339010743
(sila email ke soypiscis04@yahoo.com (subject : Sumbangan Anak Yatim) dan maklumkan jumlah derma yang telah dibuat)
atau pun transfer ke akaun di atas
segala kutipan kami akan salurkan pada 24 Feb nanti.
(Jangan risau, semua Derma akan disalurkan pada mereka, ALLAH jadi saksi)

untuk bantuan lain seperti
pakaian/ buku-buku/ tilam/ beras/makanan atau apa sahaja 
boleh beri pada saya (kita buat temujanji)  atau boleh direct terus ke Rumah Amal Kasih Bestari ini.

(kalau kawan-kawan tak dpt nak menderma, mohon dapat sebarkan msg ni, itu pun ckup bermakna untuk kami)

“Sesiapa yang membantu mencukupkan keperluan saudaranya, maka Allah pula membantu mencukupkan keperluannya. Sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim, maka Allah melepaskan pula kesusahannya kelak pada hari kiamat.”       (Riwayat Muslim)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 201