Quantcast
Channel: The Suite Life Of Sue
Viewing all articles
Browse latest Browse all 201

Punca Endometeorsis dan Khasiat Buah Lemon

$
0
0
Salam kekawan


Saya slalu tgk status2 di FB Dr Hamid Arshat.. byk kata2 positif , tips2 kesihatan yang Dr slalu sharekan.. baru2 ni Dr Hamid share mengenai punca endo & PCOS

"Dua penyakit dalam peranakan wanita yang sering mengganggu kesuburan ialah endometriosis, PCOS dan fibroids. Faktor baka munkin memainkan peranan. Tapi faktor pemakanan yang tak seimbang dan taj berkhasiat adalah punca utama. Dari kecil sejak kanak2 lagi tidak makan sayur2 dan buah2 . Terlalu banyak makan fast dan junk foods - berger hotdogs nuggets saja - kandungan nitrite, pengawet dan perisa sangat tinggi . Terlalu banyak makan ayam, tidak makan ikan atau daging. Terlalu banyak minuman dari bitol dan tin - coco cola pepsi sprite dll minuman cordial - kesemuanya terlalu banyak bahan pemanis. Perlu ajar anak2 makan bahan2 yg berzat dan berkhasiat untuk cegah penyakit dalam rahim."

sememang nya sejak kecik saya diajar makan makanan yng Dr sebutkan... bukan nak salahkan parents, tapi sampai skang pun same jgak, saya kan dh besar, msti la tau dh kawal diri....tapi ni seminggu sekali msti ade fast food, ayam jgn cakapla, ikutkan setiap hari ade je ayam.. dan saya mg hantu ayam..(esp ayam goreng) sayur dgn buah2an pun jarang.. sejak baru2 ni je baru nak amalkan selalu makan buah2an.. kat umah dlm peti ais atas msti ade nugget ke, burger ke, ayam ke.. air gas, inshaa Allah boleh la tahankan diri tapi air kordial tu kat umah msti nak bancuh je..sdngkan kat ofis boleh je minum air suam...

tapi tula walaupun benda2 camni dh sedia maklum, nak displin kan diri, nak amalkan makanan sihat , nak kurangkan makanan2 tak sihat ni mmg x ckkup kuat.. seminggu bolehla nak amalkan diet sihat..minggu seterusnya mula la malas2, main makan je.. no wonder badan pun makin dipam2 skrang..

saya kna kuatkan semangat, saya pun x mo penyakit saya dtg balik...saya tak mo penyakit lain plak yang sinngah kat badan ni... CHAIIYOOOKKKKKKK!!!!!

dalam duk survey tentang pemakanan, saya tertarik tgk khasiat buah lemon

Potong limau/lemon dan masukkan 2-3 hiris kedalam satu gelas air suam dan minum. Lemon menjadikan air 'alkaline' dan memberi banyak khasiat terhadap kesihatan badan kita.
Seorang pakar dari Baltimore USA mengatakan airlemon bolih bunuh sel2 kanser dan ia lebih kuat lagi tindakan dari ubat kanser/chemotherapy.
Untuk pesakit2 saya yang mengalami berbagai jenis ovarian cyst termasuk endometriosis , adenomyosis dan fibroids sila cuba minum segelas air lemon yang fresh tiga kali  sehari selama 3-6 bulan dan lihat ada tak perubahan dan tumbuhan2 tersebut.


okey, yang ni mmg saya baru tahu... inshaa Allah kalau kita usaha mungkin boleh elakkan saya dari dapat balik penyakit endo ni.. inshaa Allah

antara kebaikan2 lemon yang lain
sumber google
 
1. Baik untuk perut 
Lemon boleh membantu melegakan masalah pencernaan apabila diminum bersama dengan air panas. Ini termasuklah melegakan rasa mual dan pedih hulu hati. Disebabkan oleh kualiti pencernaan jus lemon, gejala ketidakhadaman seperti pedih hulu hati, kembung dan sendawa boleh diatasi. Meminum jus lemon dengan kerap, boleh membantu usus dalam menghapuskan sisa dengan lebih cekap. Lemon bertindak sebagai pembersih darah dan juga sebagai bahan pencuci. Pengambilan jus lemon boleh menyembuhkan sembelit. Ia juga dikatakan boleh melarutkan batu karang. 
2. Terbaik untuk penjagaan kulit 
Lemon, merupakan ubat antiseptik yang semula jadi, ia boleh digunakan untuk mengubati masalah-masalah yang berkaitan dengan kulit. Lemon ialah buan sitrus yang kaya vitamin C, ia boleh meningkatkan kecantikan dengan meremajakan kulit dari dalam dan dengan itu membuatkan wajah lebih berseri-seri. Pengambilan harian air lemon boleh membuat perubahan yang besar dalam penampilan kulit anda. Ia bertindak sebagai ubat anti-penuaan dan dapat menghilangkan kedut dan bintik hitam. Air lemon jika digunakan di kawasan kulit yang melecur boleh memudarkan parut kerana lemon merupakan agen penyejuk yang boleh mengurangkan kesan lecuran pada kulit. 

3. Membantu dalam penjagaan gigi 
Air lemon boleh juga digunakan dalam penjagaan gigi. Jika jus lemon segar digunakan pada bahagian gigi yang sakit, ia boleh membantu mengurangkan kesakitan. Urutan jus lemon pada gusi juga boleh menghentikan pendarahan gusi. Ia memberikan kelegaan dari bau busuk dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan gusi. 


4. Mengubati jangkitan tekak 
Lemon adalah buah yang sangat baik yang membantu melawan masalah yang berkaitan dengan jangkitan tekak, sakit tekak dan tonsil kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibakteria. Untuk melegakan sakit tekak, cairkan satu setengah jus lemon dalam setengah gelas air, kemudian berkumur dengan kerap. 


5. Baik untuk menurunkan berat badan 
Salah satu daripada kebaikan utama meminum air limau adalah ia membantu untuk mengurangkan berat badan lebih cepat. Jika ingin membuatnya lebih berkesan korang boleh mengambil jus lemon yang dicampur dengan air suam dan madu. 

6. mengawal tekanan darah tinggi 
Air lemon sangat baik kepada mereka yang mempunyai masalah jantung, disebabkan oleh kandungan kalium yang tinggi. Ia mengawal tekanan darah tinggi, pening, loya serta memberi kelonggaran kepada minda dan tubuh badan. Ia juga mengurangkan tekanan mental dan kemurungan. 


7. Membantu mengatasi masalah respirasi 
Air lemon juga boleh membantu mengubati masalah respirasi, bersama dengan masalah pernafasan dan meredakan penyakit asma. 

8. Baik untuk mengubati reumatisme 
Lemon merupakan agen diuretik dan dengan itu air lemon boleh merawat reumatisme dan artritis. Ia membantu untuk mengusir bakteria dan toksin daripada badan. 

9. mengurangkan demam 
Air lemon boleh merawat orang yang mengalami sejuk, selesema atau demam. Ia membantu untuk memecahkan demam dengan meningkatkan kadar peluh. 

10. bertindak sebagai pembersih darah 
Penyakit-penyakit seperti taun atau malaria boleh dirawat dengan air lemon kerana ia boleh bertindak sebagai pembersih darah.
Amalah pengambilan air jus lemon dalam kehidupan harian sememangnya sangat baik untuk kesihatan kita. Di samping mempunyai kandungan vitam c yang sangat tinggi, ia juga boleh meredakan pelbagai penyakit termasuklah, demam, asma, selesma, membersihkan darah, merawat kemurungan, menurunkan berat badan, baik untuk kulit dan perut dan banyak lagi.
so, kna la start dri skang..balik karang terus cari lemon.. heeee



Viewing all articles
Browse latest Browse all 201