Salam kekawan
Semalam saya amik cuti sehari.. tujuan utama nak gi buat rawatan. Actually before this saya dgn CH dh bincang2 nak buat terus rawatan IVF.. mengenai kos plak, kami mungkin nak buat pinjaman peribadi dgn AH LONG bank.. then setelah amik kira pelbagai faktor kami hold dlu tuk buat IVF.. skang tmpat keje saya agak jauh..keje Puchong duk kat sentul, slalu STRESSS bila time balik keje, nak buat IVF ni nak selalu rest takleh stress2, then faktor2 lain pun ada jgak..dri segi mental tak berapa nak ready...
mungkin ada yang cakap, muda lagi or terlalu awal nak buat IVF,(try conceive natural dulu ke) tapi saya sebenarnya takut, takut penyakit saya tu dtg semula... dan doctor pun ada inform kalau secara natural mmg tak boleh.. (itu doctor yg cakap)
then kami decide nak cuba buat rawatan homeopathy. FYI, my sister sebelum ni tggu 9 tahun untuk dapatkan anak, mcm2 rawatan dia cuba, last dia try Homeopathy dgn doc Nik Omar.. Alhamdulillah dlm beberapa bulan dia mngandung.. tapi tak dpt nak pastikan sama ada keberkesanan ubatan homepathy atau mungkin jgak sebelum2 tu dh pelbagai rawatan dia buat, betulkan rahim, rawatan dgn dr Hamid Arshat.. mungkin dh campur2 dgn smua rawatan tu , akhirnya rezeki kakak saya... lepas dpt sorang, selang setahun dpt lagi sorang.. but dua ni jelah, kakak saya pun dh ikat tiub..atas faktor umur..
anak homepathy :P
setelah amik kira smua faktor tadi, kami (me & ch) decide tuk dapatkan rawatan homepathy dlu sebelum proceed ke IVF.. (and sesiapa yang sedang buat rawatan IU/ IVF etc. pun boleh amalkan rawatan homeopathy jga)
Homeopathy adalah rawatan alternatif dan secara amnya - ubatan tanpa bahan kimia.. nak tahu lebih lanjut boleh view laman web ni
Homeopathy Dr Nik Omar ni banyak cawangan, kami pergi ke HQ di Jalan Genting Kelang, baru je berpindah dri Jalan Raja Laut ke .. sebelum ni saya mmg pnah pergi Homeopathy ni, untuk rawatan endometeorsis saya, tapi x smmpai sebulan pun saya amik ubatan kat cni.. saya dh kena operate..
Pusat perubatan Homeopathy & Akupuntur Dr Nik Omar
No.12 Tingkat 1, Jalan 2/23A
Off Jalan Genting Kelang
Taman Danau Kota
53300 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel : 03 - 4141 7770 H/P : 019 - 370 0999
*kalau dri bulatan Pahang terus je sampai nampak Columbia Asia belah kiri, kemudian Festival City Mall. Kedudukan klinik ni berhadapan Festival Mall , ade barisan shoplot kat situ.. maknanya kalau dri bulatan pahang belah kanan la.. dkat2 dngan Klinik Idzham.
Waktu Operation
Tiap hari : 9:30 pagi - 7:00 malam
Ahad & Cuti am : 9:30 pagi - 1:00 tghari
* Selasa doktor takde
memula saya nak pergi sorang (sbb nak check je dlu ) CH side dia tak de problem, last minute CH amik cuti , dia kata pape biar dia temankan ..:) oh, ya.. kat sni w/pun bukak awal dlm 9:30 pagi, doktor ada dlm pukul 11:30 ke atas. so kalau nak jmpa doctor , dtg dlm kul 11:00 (kat sni first come, first serve)
banyak jgak cawangan2 lain , boleh search kat cawangan
dlu saya jumpa dgn doctor lain, now yang jaga sni anak doc Nik Omar, Doctor Bazilah..cantik..sebaya saya je.. huuuu (rase kagum ) bila masuk kami citer ape masalah saya.. saya tak leh conceive natural, tiub dh tak terapung, tiub dh tak function..IVF je boleh..blaa...blaa..blaa... dgn confidentnya dia cakap, In shaa Allah boleh.. setiap penyakit ada penawarnya.. then dia bgi testimoni pesakit2 sebelum ni, Alhamdulillah ramai yang boleh conceive.. rawatan yang saya perlu buat, saya kena konsisten makan ubat yang dia bagi, then buat akuapuntur (lagi kerap lagi bagus) then jaga pemakanan. dan cuba dalam masa setahun. kalau masih tiada rezeki dia advise sama ada nak teruskan atau mungkin cuba rawatan IVF trus.. atau rawatan2 lain..
then ubatan2 dia boleh di makan dgn supplement lain mcm asid folic/evening primrose oil.tapi tak boleh makan sekali, makan ubat ni tggu dlu setengah jam, pastu bru makan supplemen lain. tapi bagi sesiapa yang ambil pil hormon, tak boleh amik ubat homeopathy..sbb nant takde keberkesanan.
then after kaunseling saya buat akuapuntur. dkat situ jgak.. time tu dia letak jaram tu kat area perut, peha dan celah peha.. ade dlm 9 jarum semuanya.. (maaf , tak snggup nak letak gmbr kat sni, nightmare tgk perut sendiri..) hahahha. akuapuntur ni buat dlm setengah jam je
kos ubatan dan rawatan untuk Infertility
*saya je yang amik ubat, sbb CH so far xde masalah
untuk seminggu = RM45.00 (dua jenis ubat tuk makan pagi, tghari, petang dan malam)
akuapuntur = RM45.00 satu sesi
ubatan2 perlu di ambil berterusan, so, anggaran untuk sebulan
RM45.00 x 4 = RM180.00
Akupuntur 2 kali sebulan = RM90.00
Total = RM270.00
* ubat ni rase sedap tau, kunyah je..mcm gula2 :)
*Akupuntur better sekali seminggu, tapi bergantung pada individu tu la.. nak berapa kali.. mcm saya tgk pada budget.. ehheh.. ubatan tu ok, tapi akupuntur tu kalau ade extra money bru buat.. hehehe
then doktor advise lagi, jangan pikir sangat, jangan mengharap sgt, jangan stress..konsisten makan ubat, jaga pemakanan,bersenam, jaga diri... n of cos be happy :))
Then, kalau kat sni, even suasana mcm klinik2 biasa, but dun be surprise kalau doctor tu dia bawak anak dia ke masuk ofis, maybe setengah org pikr, nampak cam tak profesional ade budak2 kecik dlm bilik rawatan tapi for me, benda tu x jadi masalah..maybe sbb dri dulu, saya dh biasa dgn keadaan camtu.. :)
Then, kalau kat sni, even suasana mcm klinik2 biasa, but dun be surprise kalau doctor tu dia bawak anak dia ke masuk ofis, maybe setengah org pikr, nampak cam tak profesional ade budak2 kecik dlm bilik rawatan tapi for me, benda tu x jadi masalah..maybe sbb dri dulu, saya dh biasa dgn keadaan camtu.. :)
sekarang ni insha Allah , kalau takde aral kami akan buat rawatan ni dlm jangka masa 8 bulan ke 12 bulan. selepas tu, for next treatment, baru la pikir kan. sambil2 tu saya teruskan pengambilan Asid Folic, EPO n air lemon.. bersenam palk?? aih kna sebat baru gerak kot..heheh..
alhamdulillah "P" kali ni suam2 manja je sakitnya...flow heavy tapi x berapa sakit.. maybe keberkesanan EPO.. mungkin.. oh ya, saya ingat yani ade tanya, ade kenaikan badan tak lepas makan EPO.. kenaikan badan ade ckit, tapi rase bukan disebabkan EPO, tapi saya duk balun nasi lemak seminggu tu.. hehhe.. n my sister pun cakap , dia makan EPO so far takde kenaikan badan. So, sesiapa yang selalu sakit perut senggugut ape kata try EPO, so far alhamdulillah kesan positif saya dpt rase bila makan EPO...
chaiyok2!!!
chaiyok2!!!