Quantcast
Channel: The Suite Life Of Sue
Viewing all 201 articles
Browse latest View live

Teaser : Kuantan

$
0
0


entry Jalan-Jalan di Kuantan akan di update selepas kita beraya haji dahulu :)

Mandi Manda di Ulu Kenas, Kuala Kangsar~

$
0
0
Salam kekawan

mesti rasa malas kan nak masuk keje balik esok?? heheh.. ni semua gara2 dah bercuti raya korban 3 hari.. plus dgn jem ..everywhere jem.. rase byk habiskan masa kat jalan raya je..  well, saya balik kampung hari tu, kul 4:30am bergerak dri KL.. jalan banyak kereta plus dgn hujan lebat setengah2 tempat, kitaorg sampai kuala kangsar dlm pukul 8 lebih.. mmg tak sompat nak sembahyang raya laa... sampai2, makan lemang dulu.. then sambung tido sampai tgahri..saya pun ponat woo..bersengkang mata sbb jadi co-pilot takleh tido, nant CH yang jdi driver tu pun karang tmpang sekaki nak tido plak.. errmm luckily for us, dis year tak balik pantai timur.. semuanya jem..rata2 update status jem.. saya pun balik kl pun semalam.. tuk mengelakkan jem.. then ade satu hari lagi tuk beristirehat kat umah..

well, kat kg, time raya haji xde buat ape pun.. gi melawat sebuah umah, then jejalan kat pekan.. pastu hari sabtunya, kitaorg kan balik kul 5 ptg, pukul 9am , bangun2 tak yah mandi, breakfast dlu, then gi menuju ke air terjun di hutan lipur ulu kenas :) tujuan asal gi sana sbb nak cari batu2 nak letak kat akuarium, sekali mandi manda laa..

actually air terjun ni 15km je dri kampung saya, tapi dh bertahun2 rasenya tak jejak kaki kat sni.. ni first time bwk CH gi cni..sbbnya setiap kali balik kg, rase xde masa nak gi..so dis time baru berpeluang

direction nak ke sni, kalau dri bandar kuala kangsar, ade roundabout, amik simpang menuju ke Manong, lebih kurang 15km, akan nampak signboard ni sebelah kanan sebelum jambatan kecil


perjalanan nak ke dlm lebih kurang 2km sahaja
pintu gerbang serba hijau.. mendamaikan suasana

korang boleh je nak mandi kat depan2 tu, tapi better jalan depan lagi, sampai tempat parking


dh smpai tmpat parking kereta..sini adelah tempat kem bina semnagt juga.. dh lama x gi, tgk byk betul perkembangan kat situ..tmpat lagi selesa, toilet mmg bersih n selesa.. rase mcm kagum plak... hahaha...

 keadaan toilet

 layout Ulu Kenas, do n don;t serta beberapa peringatan
ini org mmg tarak paham


 Ulu Kenas di sebalik nama...


 ada tempat penginapan jgak..


 sib baik time2 raya haji ni ade yang menjual jgak.. ade jual cucuk2, cumil2an .. rojak buah paling marbeles.....

manyak syiokkk tido... sampai kitaorg kacau2 pun x terjaga...



its time for mandi manda dan  cari port yang sesuai.. time ni x berapa ramai lagi yang dtg... kat sni ade kawasan yang ber batu bata..ade kawasan yang cetek dn tak banyak batu..sesiapa yang bawak anak2 xde risau sgt.. cuma jaga2 jgn smpi diorg ter bawak dek air ke kawasan batu n deras


hah, kawasan ni mmg bahaya nak mandi.. ade papan tanda kat situ..sape yg terer jelah yng boleh mandi..heheh


 mmg sejuk bangat... time yang kawasan cetek ni, belakang tu ade kawasn dlm.. yang xde batu bata sgt..paras pinggang saya.. puas btul mandi kat situ
kitaorg lepak tak lama.. mandi dlm 2 jam, cari2 batu kecik, then dh balik... sebnarnya tak puas,tapi sbb dh ramai sgt org , cam x besh lak nak mandi manda.. tmbh2 cuti ni mmg ramai la org..

next time, rasenye setiap kali balik kami singgah lagi Ulu Kenas ni.. since dh dijaga rapi, mmg selesa la , dgn kemudahannya lagi..cuma jaga2 time hujan, takut ae fenomena kepala air.. 
sesiapa gi Kuala Kangsar jgn lupa singgah cni kay.. msti kena promote jgak ni.. kampung saya la katakan... heheheheh

Petikan Kata-Kata Dr Hamid Arshat

$
0
0
Dr Hamid Arshat Says :  "Semua penyakit datang dari Allah munkin sebagai ujian keimanan kita atau sebagai kifarah atas sesuatu kemunkaran yg telah kita lakukan. Berdoa kepada Allah SWT untuk mendapat sembuh sambil berusaha untuk mendapat ubat. Tetapi jangan sekali2 mendapat rawatan yang mendorong kita jadi syirik, orang sakit sering berasa desperate dan akan mencuba segala rawatan tanpa sedar kaedah rawatan itu syirik atau menyekutukan Allah SWT?"

 Semoga apa jua rawatan yang saya jalani sebelum2 ni dan akan datang tidak menyekutukan mu Ya Allah


Dr Hamid Arshat Says :  "Kita perlu bersyukur kerana dikurniakan Allah SWT anggota dan tubuh badan yg sempurna. Kita bersimpati kpd mereka yang dilahirkan dgn peranakkan yang tidak sempurna saperti tiada rahim dan tiada faraj atau rahim bercabang, bicornuate uterus, double uterus, unicornuate uterus. Bentuk rahim yg luar biasa bolih menyebabkan kemamdulan, kurang subur, keguguran dll."

 Setiap kali datang period, saya sering merungut ..merungut di sebabkan kesakitan, merungut kerana belum mengandung.. tapi saya terlupa untuk bersyukur, kitaran darah saya normal.. sekurang2 nya, masih ada telur yang dikerluarkan setiap bulan...


Dr Hamid Arshat Says : "Nasihat untuk mereka yang berusaha utk dapat zuriat. Selepas buat ujian2 kesuburan utk kedua suami isteri dan selepad buat pembedahan untuk buang cyst/fibroid atau lain2,tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari, makan supplemen2 multivitamin, Vit E C folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa2 nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk melihat kebekesanan."

Kata2 Dr Hamid Arshat saya jadikan motivasi.. yaa, saya terlalu fokus pada tuk dptkan anak, sehingga saya selalu kecewa dan semuanya dlm keadaan tergesa2.. sekarang saya cuba displinkan diri saya, cuba tuk jaga pemakanan, tekadkan diri untuk rajin bersenam... n fokus saya skang, kuruskan badan ...!!! 

Dr Hamid Arshat Says :  "Kurangkan makan khususnya makanan yg mengandungi carborhydrate - nasi,mee, roti canai,dll dan gula serta semua jenis manisan untuk meningkatkan kesihatan dan kesuburan. Ini satu langkah 'Calori Restriction". Makan lebih buah2 dan sayuran2. Resveraterol yang terdapat dari biji dan kulit anggor dikatakan dapat menolong pemulihan / healing tisyu dan sel. Saya ada supplement NuRev yang bahan utamanya ialah resveraterol.Munkin boilh membantu pemulihan penyakit dalaam peranakkan"

Mungkin dh terbiasa dgn makanan ruji ni, mmg susah saya nak berhenti makan... hhuhuhuh

Dr Hamid Arshat Says : "Masalah sukar hamil akibat stress, penyakit endometriosis dan PCOS munkin ada faktor yg sama iaitu terlalu banyak 'toxins' dalam badan. Cuba amalkan dua perkara yg mudah. Pertama 'deep breathing' iaiatu sedut nafas melalui hidung perlahan2 dan mendalam dan kemudian hembus nafas keluar juga perlahan2 melalui mulut. Ulang 5-10 kali setiap sessi, ia bolih dilakukan dimana2 pejabat, rumah, dalam kenderaan dll dan lakukan banyak sessi. Kedua minum ' Teh Hijau' , gunakan green tea dalam uncang atau serbok tek, bukan green tea yg telah siap sebagai minuman dalam kotak atau botol."

Mungkin boleh diamalkan kawan2 semua :)

Dr Hamid Arshat Says : "Setelah lebih 30 tahun merawat masalah ketidak suburan, saya dapati tidak ada satu kaedah rawatan yg menjamin kejayaan utk hamil termasuk rawatan secara bayi tabung uji(IVF), suntik benih suami(IUI), pembedahan buang cyst atau fibroid, repair fallopian tube, ubat subur clomid atau suntikan subur gonal. Rata2 kadar kehamilan antara 10 hingga 30 %. Untuk meningkatkan kesuburan makanan yang berzat dan berkhasiat serta exercise 30 minit sehari, tenangkan fikiran dengan solat, baca quran dan berzikir"

Masih banyak benda yang saya tidak amalkan, tidak displin mengamalkannya.. buatla pelbagai kaedah, klu blum rezeki, mmg bukan rezeki kita.. n mungkin Allah masih menguji kita..n sedangkan kita masih lagi hanyut kan.. masih terlalu jauh rasenya, n saya masih lagi merungut sedangkan masih banyak benda lagi yang belum saya lakukan...

"PENANTIAN ITU ADA KEMANISANNYA, BUKANLAH PENYEKSAAN SEMATA-MATA" ~ from my heart

 semoga kami suami isteri tabah dan bahagia menghadapi hari2 seterusnya :)

Bila tiada zuriat

$
0
0
Salam kekawan

Saya penah terbaca status kawan saya di FB, dia baru berkahwin kurang 5 tahun, tapi masih belum dikurniakan zuriat, tapi yang paling buat saya terkejut + ber emosi sekali jgak. terang-terangan status dia, dia menyatakan dia bagi peluang pada suami dia untuk berkahwin lagi,dgn alasan dia tak dapat bgi zuriat (sama ada dia mmg tak boleh langsung bagi zuriat / atau mmg belum rezeki) saya tak dpt nak pastikan

reaksi saya time baca status dia~terkejut n turut sama rase sedih, mungkin dia rasa itu jalan terbaik tuk bahagiakan suami dia, tapi pendapat saya, tak semestinya xde anak kita x blh bahagia dgn rumahtangga kita, yep, mmg betul anak2 penyeri rumah tangga, mngikat kebahagian suami isteri... tapi yang paling penting, sejauh mana keikhlasan kita suami isteri menerima pasangan kita seadanya... even besar mana pun masalah, kalau ada satu sama lain, insyaAllah kita blh hadapinya...

saya tau sya tak layak nak cakap, perkahwinan pun baru setahun lebih.. tingkahlaku suami pun x blh nak agak lagi, tapi kalau baru awal2 perkahwinan, kita dh nak give up, merelakan kehadiran org lain dlm rumahtangga kita, agak2 bahagia kah kita???

bukan bermaksud sya nak cakap poligami tu salah, tak bahagia... tapi saya rase offer suami berkahwin lain, mungkin bukan caranya. mmg la suami kata, masih sayangkan kita..tapi diorg ni pantang di offer.. elok2 diorg tak terniat nak kahwin lain, tapi klu bini duk offer, takkan diorg nak tolak rezeki kot.. (ok, bukan semua yang camtu)

mungkin ade pelbagai cara lagi kita nak dptkan anak... ade 1001 lagi cara.. tapi klu mmg bukan rezeki kita, mungkin boleh cari anak angkat (penyelesaian lain selain kahwin lain).. ramai je sampai berbelas tahun kahwin, baru dpt anak... sebabnya mereka ada satu sama lain..
tapi ... kalau suami sendiri dh tawar hati, dah tak cintai kita, dh tak sayangi kita.. dh xde ape cara dh blh buat tuk dia sayang kat kita balik, mungkin mengundur diri lebih baik..mungkin kebahagian kita bukan dgn dia...

then saya paling stress kalau org gunakan alasan takde anak nak cerai berai, ade anak pun boleh cerai berai gak..semua tu alasan je..klu dh x suke, dh tak sayang, mcm2 alasan yang boleh bagi...

tapi, soal ni mmg saya paling takut.. mungkin suatu hari nant suami saya berubah, mungkin saya berubah, mungkin situasi yang menyebabkan kami berubah..berubah lebih baik, alhamdulillah.. tapi kalau berubah kepada kehancuran.. saya pun tak tahu nk cakap ape...
terlalu awal tuk kami... terlalu jauh lagi perjalanan, entah apa dugaan masa dtg.. cuma saya berharap segala ape jua rintangan saya dgn suami boleh hadapinya dgn tenang
mcamana pun dlm hati, mmg zuriat yang kami ingin kan sgt2... lebih dri segala2nya..tapi kami tahu, blum rezeki lagi... doa2kan supaya kami tak give up antara satu sama lain.....doa2kan supaya rezeki kami tiba jua.. n to all my frens yang masih menunggu kehadiran zuriat, syaa doakan terbaik untuk kamu semuaaaaa


Kuantan~ Duta Village Beach Resort

$
0
0
Salam

Honeymoon again... klu berdua2 bercuti tu, x kesah la tmpat cam mana pun kira honeymoon la jgak kan.. hehhe.. actually ni sbanrnya rezeki terpijak, actually my sister yang nak pergi Kuantan dgn family, dh booking Duta Village Beach Resort, tpi dek kerana husband nya keroje, dia pass la penginapan kat saya.. hee... sbb bnda dh booking, nant burn camtu je klu x pergi..so, rezeki saya dgn CH la.. Alhamdulillah, syukran2

kami pergi ni seminggu sebelum aidil adha.. time perlawanan bola sepak final Kelantan vs ATM tu... on the way nak Kuantan byk benor kereta menghala ke KL.. siap bendera2 kelantan berkibar.. tak terkira..dgn rombongan bas, dgn konvoi kereta... setiap kali bertembung, my CH, bg2 lampu.. yelah, Terengganu tak masuk final, harusla dia sokong Kelantan, tmbh2 lagi yg jaringkan gol org Terengganu :)
antara gmbr yg smpat ditangkap
tido ke drive ni?? hehhehe

well, perjalanan dri KL nak ke Kuantan lebih kurang 3 jam.. ikut cara pemanduan, time kami gerak pagi sabtu tu, x jem sgt, tpi takut kamera AES.. mmg CH bawak ikut had kelajuan.. tol untuk pergi balik korang budget la dlm RM60.00 sbb dh lupa brapa jumlah tol..hehhe..paling maksimum RM60.00

then nanti korang kluar exit KUANTAN, then terus cari papan tanda ke pusat bandar.. bila dh tgh2 pusat bandar cari nama tempat Beserah atau Pelabuhan Kuantan atau Pantai Batu Hitam. Kedudukan Resort ni selepas Pantai Batu Hitam, kat area Sg Karang.. landmark dia, betul2 selepas Swiss Garden Resort (belah kanan) mcm saya hari tu, boleh termiss plak resort ni, sampai nak ke Pelabuhan kitaorg jalan.. (smpai gaduh2 arr nak cari resort) hahahah.. papan tanda dia terlindung dgn pokok2


Papan tanda Duta Village Beach Resort

jom nengok2 persekitaran resort, kot2 korang nak bwk family ke, nak honeymoon ke.. 


lobi utama 

sempat lagi tu..hehhhe.. 
lobi utama mmg menarik.. saya rasa rate hotel tu xdelah mahal manapun, tpi bila tgk keadaan lobi, environment semua, rase cam mahal plak.. sbb hri tu kakak yg booking so, tak sure sgt..tapi bila tgk internet harga antara RM80-RM120. (klu silap, maaf ye) then room services mmg bagus tau,nak sterika ke ape ke.. nak ape2 cepat je diorg hantarkan.. :)

well, kat sini ade dua jenis penginapan, satu bilik2 hotel, satu lagi chalet... 

ni yang bilik2 hotel.. rate bilik saya x sure berapa ..hehehhe..

ok, yang ni plak jenis chalet..kitaorg mnginap kat chalet..rasanya chalet ni besh lagi la kot..sbb dekat dgn kolam renang, dgn pantai.. cafe, 

kehijauan yang mendamaikan.. hehhe
time kitaorg bercuti tu kan asyik hujan je, then pepagi hujan, mmg rase cam ade kabus jee...w/pun tepi pantai kan.. hehhehe
kat sni jgak ade kawasan main paintball, time kami dtg tu ade dua tiga organisasi buat family day, agak meriah jgakla..siap main sukaneka kat dpan tu.. kawasan luas...
n kami dpt bilik agak dkat dgn swimming pool..

that's our chalet..yang ade baju hijau tu.. 
hah jalan depan ckit resort tu, terbentang la lautan membiru.. nak mandi laut ke ape ke boehla.. tapi kami hari last baru jejak ke pantai..tu pun time hujan renyai2..hahhaa..jadiklaaa.. 

ok, jom cekidaud kat dlm bilik plak
kami dpt katil 2 single, tapi x susah, gabungkan je.. hehhe.. ade tv, mini fridge, water heater, cerek dgn kopi.tea.sugar..bilik air plak jenis shower..takde bath tub ye..hhahaha.. 

so far rase mmg beshla stay kat sni..hah, kat hotel ni ade mini market, so klu terlupa nak bawak ubat gigi ke, beli je kat mini market kat sni..tapi dun worry jgak, kat luar2 tu byk je kedai2..7eleven ade, KFC ade.. 2 km je dri Chalet ni.. byk tempat makan.. mlm2 byk kedai makan seafood.tak yah risau..
kat kawasan ni pun byk jual keropok lekor, keropok keping..mcm2 lagi la sepanjang jalan ni..

mmg suasana kat sni besh, kot2 korang just nak rilek2 minda ke bolhla stay kat cni.. cam kitaorg stay 3 hari.. sabtu sampai isnin, hari ahad ramai yg dh balik..rase sunyi gilaaa.. hahahha... tapi tenang laa...

Tapi nak gi Kuantan ni, xtau sgt ape tempat menarik yang nak pergi... Kami hari tu, just pergi Kuantan River Side , Gambang Waterpark, then jalan2 makan .. camtu je.. x tahu nak jalan2 katne dah..lagipun tujuan kitaorg dtg Kuantan ni nak rilek2 je.. x mo explore sgt.. maybe byk lagi tmpat lain yg boleh pergi.. pape..will continue for next destination!!!

Resepi ~ Puding Karamel

$
0
0
Salam guys

Pencuci mulut for today.. first attempts. Puding Karamel.. slalu beli je time bulan Ramadhan.. so, hari ni try buat.. walaupun rupa x molek sgt.. karamel atas tu, warna dark brown..bukan letak pewarna, tapi terlama ckit masak.. sib baik x hangus.. hehehehe
then ade setngah resepi blend skali dgn biskut, but malas nak keje leceh2.. saya buat guna bahan telur yang utama.. jom cekidaud resepi

Puding Karamel

Untuk Karamel - 5 sudu besar gula + 2 sudu besar air masak

Untuk Puding
4 biji telur size A
1 tin susu cair (400ml)
150 air biasa
1 sudu esen vanila

Cara tak Cara
 Untuk Karamel - masukkan gula dan air dlm kuali, sentiasa kacau pada api sederhana sehingga bewarna perang dan terus masuk ke dalam loyang yang hendak diletak puding, biarkan sejuk seketika

Untuk Puding - Masukkan kesemua bahan untuk puding dalam satu bekas, gaul semua sekali, as long as telur kuning and putih bersatu, tak perlu sampai kembang..kacau2 manja je..
then tapis sebatian tersebut dn masukkan dalam loyang
kukus sehingga 45 minit.. time saya masak tu dh 45 min, still nampak mcm tak masak, tapi actually dh masak.. heeh..then sejukkan dahulu sebelum terbalikkan..
simpan dlm fridge, serve sejuk2.. nyummmeeehhhh

*rupa yg x molek x semestinya x sdp..hehheh

Kuantan ~ River Cruise & Ana Ikan Bakar Petai

$
0
0
Salam kekawan

Sambungan citer pasal Kuantan.. Petang first day kat Kuantan, kitaorg jejalan Kuantan Riverside.. kat situ CH nak jmpa kekawan dia yang keje kat Redang dlu..skang diorg keje bawak boat kat cni plak.... Petang tu kami jejalan kat river side ni.. petang2 ni byk jugak ade jual2 makanan, minumam, baju, kasut..mcm uptown tu, tpi x byk sgt gerai.. mungkin bukak sampai malam..klu x silap..sbb saya kat situ smpai maghrib je heheh...


tujuan utama gi sni nak naik boat, nak round2 sekitar sungai Kuantan.
Kaunter pembayaran dan masa operasi
 Kadar Tambang : RM18:00 per pax, masa pelayaran lebih dri 40 minit.
antara tarikan2 di river cruise.. boleh jgak tgk kelip2.. lebih kurang RM88 per pax, klu mampu, leh gi :)

kami naiki boat agak lewat, sbb ade hal sebelum tu.. boat ni beroperasi sampai malam
Sungai Kuantan  ni bersambung dgn laut, sepanjang pelayaran, korang akan nampa tmpat kapal2 nelayan berlabuh, kawasan paya bakau,dan akan diberi info oleh driver boat.. (eh, driver ke) :P
SUngai Kuantan ni bukan Sungai Pahang tau, n sungai ni ada buaya jgak..heheh.. but so far takde la kes2 yang tak diingini.. (jauhkan la)

CH dgn tukang bawak boat dan tukang bagi info.. (both his fren)


after ber cruise, lepak2, kami  pergi makan Ikan bkar di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur.

pilih2 menu, time ni dh agak lewat, so pilihan seafood pun dh x byk...
suasana tmpat makan

menu2 yang dipilih
erm, pendapat saya tmpat makan ok, makanan2 okla.. celup tepung x memenuhi standrad saya.. hhahaha.. konon, pendapat je ni tau :) and harga tuk dua org makan dlm RM74.00 , x tahu la mahal ke murah.. hurnn, sotong dua ekor, udang 5 ekor..
tapi kat area Peramu , Tg Lumpur ni byk jgak kedai2 makan, byk pilihan kat sni.. terperasan ade jgak Maggi Ketam.. mana tau nant singgah Kuantan blh try jgak..

 Malam tu tidur dgn kekenyangan... hahahaha

**entry penuh gambar jekkk

Al-Fatihah untuk arwah Dalila Haifa

$
0
0
Salam kekawan

Sabtu lepas, kebiasaannya, pepagi bangun saya jarang bukak newspaper, klu bukak pun setakat tgk tajuk dpan.. then tah mcmane saya tergerak hati nak baca smua muka surat, sekali saya terbaca berita mengenai Bayi maut tersedak susu.. bila baca tajuk, rase sdih sbb banyak kes skang ni, tapi bila saya baca  keseluruhan berita,Ya, Allah.. hati time tu btul2 tersentak.. yup,anak kepada my friend, my closest friend, Eda..anak kedua dia.. rase terkejut sgt..mcm tak percaya berita tu pun ade gak.. then trus call my fren yg lain.. tanya, tau x berkenaan berita tu.. masing2 tak tahu.. hanya dpt tahu dri paper n facebook dia je..
time tu tak tau nak gmbrkan camne,antara percaya atau tidak.. dan dalam keadaan serba salah, nak call my fren tu, tentu keadaan dia x menntu, nak msg pun rase serba salah.. masing2 tak tahu perkebumian di mana.. 

Then, besoknya baru my fren reply msg.. dia just cakap perlukan masa bersendirian, mungkin akan dtg bru berjmpa... spatutnya kami temankan dia waktu2 begini, bgi dia semangat, but kami juga kna paham.. dia perlukan masa bersendirian, mungkin dia masih terkejut.. i dunno know, sbb kami x jmpa dia lagi.. saya harap sgt, saya boleh peluk my fren..peluk dia kuat2, biar segala kesedihan dia dpt pergi sedikit demi sedikit..

untuk berita lanjut 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121103/dn_12/Lagi-bayi-mati-tersedak#.UJS_8RRTEOw.facebook


Dalila Haifa
(Al-Fatihah untuk arwah Dalila Haifa)

Allah lebih menyayangi si comel yang tembam ni.. sebak rasenya bila tgk gmbr ni.. Masih teringat cerita Eda,  Dalila tak banyak ragam, senang nak jaga.. gmbr ni ketika Eda masih berpantang.. time raya kami menjenguk dia..mmg lena je tidur si kecil ni.. bunyi bising pun dia x peduli. berkesempatan jga kami melihat Dalila, ikutkan setelah masing2 berkahwin, bekerja.. mmg tak dpt nak jumpa, susah sgt kami nak gather.. mungkin sekali setahun je kot kami jumpa... 

kami mmg rapat dulu sejak sekolah berasrama di Teknik Kajang, alhamdulillah sampai skarang masih rapat cuma jarang bertemu muka..

Buat Eda sayang...
 (Kalau Eda terbaca entry ni)

Bersabar la Eda .. Allah lebih menyayangi Dalila, Eda tahu kan.. Dalila akan tersenyum tggu Eda di pintu Syurga.. mungkin pahit Eda nak telan skarang, tapi Hikmahnya besar Eda.. Alhamdulillah, Eda dpt NIKMAT 3 bulan lebih untuk jaga Dalila.. 
Eda jgn la bersedih, InsyaALLAH, kesedihan ini akan terubat, tapi hanya masa yang menentukan,Sue percaya Eda akan jadi lebih cekal dan tabah selepas ini.. Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya..Eda masih ada Delisha, Suami Eda dan keluarga Eda yang perlukan Eda..Kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan
Eda, Sue nak minta maaf jga, kerana tiada disamping Eda di saat Eda kesdihan.. tapi Sue nak Eda tahu, kami sentiasa berada di sini bila2 Eda perlukan..

p/s: bila rasa dugaan diri sendiri terlalu berat, tapi bila lihat org lain, ade yang lagi berat ujiannya.. semoga diri ini pun tabah...

Minta kawan2 sedekahkan Al-Fatihah untuk si comel Dalila Haifa.. Terima Kasih

Resepi ~ Ayam Masak Kicap Lada Hitam

$
0
0
Salam kekawan

Ni resepi time weekend, bila ade masa2 senggang saya upload kat sni..,
last week sompat la masak Ayam masak Kicap Lada Hitam.. resepi yang sonang ajeee

Bahan-Bahan
Seekor ayam - dipotong2 ikut size yang korang suka
3 inci halia - dihiris2
4 ulas bawang putih - dihiris2
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
1 sudu sos lada hitam (optional)
sedikit serbuk perasa ayam

1 cawan air
1 biji tomato belah 6
1 bawang besar di potong bulat
2,3 cili kering di potong2
sedikit tepung jagung yng sudah dibancuh dgn sedikit air (untuk kelikatan) optional

Cara tak Cara

~ Gaul semua bahan2 di atas dgn ayam dan biarkan di perap 30 minit
~ Panaskan kuali
~ masukkan ayam yang sudah diperap dgn air
~biarkan masak dan biarkan agak likat
~klu belum empuk, air dh kering, masukkan lagi air
~then kalu dh empuk, masukkan tomato, cili kering, bawang
~ then masukkan bancuhan tepung jagung .. 
~gaul2 bagi rata, then boleh serve

nyummmm2.. makan dgn nasi panas

Wordless Wednesday #38 - Quote for a day

Bukit Gambang Water Park

$
0
0
Salam Kekawan

Sambungan entry jejalan di Kuantan (very the slow update blog)
Hari kedua, xde tmpat lain nak tuju dah, kitaorg plan gi Bukit Gambang Water Park.. w/pun hujan renyai2 pagi tu ttp semangat nak pegi.. tawakal je kalau smpai sna hujan lebat.. dlm kul 9 lebih kitaorg bertolak.. perjalanan dri chalet ke Bukit Gambang lebih kurang 40 minit.. kalau dri Bandar Kuantan, korang ikut signboard ke Bukit Gambang/KL n nanti terruuuuusssssssss aje, ade simpang mana2 pun terus je jgak.. sampai nampak signboard Bukit Gambang.. x sesat nye.. :)


Time kami dh smpai sni, parking kat atas byk lagi kosong.. rase okla, sbb x berapa ramai org lagi.. n kebanyakannya dtg naik tramp. mungkin pengunjung yang stay dkt Apartmen2 Bukit Gambang ni .. 

entrance

 kaunter tiket, nak beli tiket sorang sahaja yang dibenarkan beratur... nak pape korng discuss awal2 kat luar.. harga time saya pergi ni RM28.00 - Adult, tapi kami ade dpt tiket discount sbb naik cruise kat Kuantan river..dptla 10% discount. oh, ya korang digalakkan tuk tambah extra RM50.00 ke harga tiket korang.. lagi byk lagi ok, minimum RM50.00 la tuk couple. sbbnya kat dlm tu kalau nak sewa tube ke, laci simpan barang ke, makanan semuanya tu guna sistem SCAN kat tiket yg korg dh byar.. klu korang topup ckit je kat tiket tu, nant nak sewa atau nak beli pape susah.. yup, kat dlm tu ade kaunter topup tapi kat dlm tu pun nant nak kna beratur panjang, so baik topup byk2 skaligus, nant baki akan dipulngkan..no worry

tiket tuk discount
lpas dh bli tiket, nant awek2 bju biru ni akan pakaikan gelang tiket ..
yeahh.,yeahh.. dh masuk.. excited mmg excited tapi kita tgkap2 gmbr dlu, posing2 dlu, baru mandi.. trus simpan barang2 n kamera dlm laci.. klu tggal stu je mau hilang...

well, pada sesiapa yg penah pegi sunway lagoon, tmpat mandi lebih kurang cam gitu jgak.. ade kawasan cam laut.. siap ombak2 lagi.. ade terusan pun.. yang ni pun ade ombak2.. tmpat kanak2 pun ade, gelongsor ade beberapa.. gelongsor paling syiok ... hehe.. CH yang pes time masuk tempat2 cam gini, excited!! cm kanak2 ribena.. heheh (sian CH, pes time ye masuk?) :P
then time korang nak sewa tiub, (mmg wajib sewa tiub) kalu tak, tak besh nak mandi manda, nak naik gelongsor pun xleh, jgn sewa warna kuning tau, sbb warna kuning x blh masuk semua gelongsor, amik yang single tiub atau double tiub warna biru.. (kat sana nanti pekerja tu akan explain ok)

hah yang cobana yang CH duk posing tu untuk disewa jgak..sesiapa yang dtg ramai2 bter sewa ni je, pastu suhla bibik korang jagakan barang2..hehehe (ish, asal saya terkangkang cam gitu plak )

kitaorg lepak2 mandi manda sampai kul 1 lebih.. tak beli makanan kat dlm tu..mahal bangat!!! kitaorg dh breakfast awal2 sbelum masuk .. dh planning kluar je bukt gambang cari KFC, syiok tau makan KFC time laparrrrr gile.. ehhe

bila tak pakai lotion protection, habis sunburn.. smpai laaa ni tangan n kaki saya blh nampak belang2.. huhuhu
yeahhh,,, dh balik.. happy dpt bermandi manda dgn CH, syiok bila gi berdua2 ni.. hehehe

overall puas hati, tapi kalau harga tu kurangkan ckit pun molek gak.. sbb tak byk sgt tmpat nak main air.. well, soon akan dibuka SAFARI kat sni, maybe nak bawak keluarga CH lak gi sni, stay kat sni ke.. :)

time kitaorg balik ni, klaur je , hujan turun selebat2nya.. alhamdulillah kitaorg dh balik.. saya tak sure bila hujan blh mandi ke tak mcm waterpark lain tak benarkan mandi time hujan...
sampai chalet , terus lena... haih,, mmg penat main air ni!!

oh, ya..sampai end of dec ade promotion , saya ade dpt tiket time nak kluar Waterpark ni, tapi nak dowload dri website bukit gambang waterpark city pun blh.. pegi kat bahagian promotion, ade diskaun price kat situ..

takde mood ...

$
0
0
Salam kekawan

Alhamdulillah dah tahun baru Kalendar Islam.. ape benda yang nak achieve, so far saya takde hasrat ape2.. just go with the flow..rase xde mood nak berazam..
Seminggu sebelum ni MIL saya call dari KT, dia cerita ade kawan dia yang skang dh duk KL, tggal dgn anak2, pandai mengubat untuk mereka2 yg tgh usahakan nakkan zuriat.. MIL cakap dia duduk Gombak, sangat dekatla dgn umah saya.. MIL siap pesan klu nak berubat kna dpatkan telur ayam kampung dgn madu tualang.. at first saya excited jgak nak tau, tapi dgar jelah.. blum ape2 tindakan lagi...
then semalam MIL call, dia cakap dia dh ade telur ayam kampung, (berusaha dia dptkan) dia cdg nak passkan dkat org kampung yang nak balik ke umah kat Selangor, bila tanya, org tu duk dkat Banting..huuuu..jauhnya..dh la saya tak sure area banting..nak gi sana dgn jauh takut sesat lagi semata2 nak amik telur ayam kampung.. bincang dgn CH, CH call my MIL balik, minta MIL makan jelah telur ayam kampung tu, tak pyh pass kat kami...byk gak MIL beli.. well, bukan x menghargai susah payah MIL belikan telur ayam.. tapi nak ke Banting tu pun tah bila, then nak gi jumpa makcik yang nak mnegubat tu pun bila.. nant telur tu busuk cam tu je... dan yang paling obvious sbnarnya saya takde mood!!! yup, skarang saya rase takde mood nak buat apa2 rawatan, bukan giving up.. just berikan masa tuk kami.. CH pun bila nengok sya cam tak amik port je dh dgn benda2 camni dia pun turut rase malas :P lagipun sblm ni pun x byk usaha pun yang kitaorg buat
dan saya tahu niat murni my MIL, sbb sblum ni kitaorg ade citer2 nak berubat cara kampung, then bila tau mana2 yang blh mngubat trus dia inform kmi.. but blum masanya lagi kot...
mcm yang saya cakap sblum ni, nak fokus untuk kuruskan badan je..takmo pikir2 psl nak dpt anak ni.. nant stress :P tapi.....berat saya cam gitu je jgak..takde nampak tanda2 penurunan, kenaikan ade la... haiyyyaaaaa.... habislaaa...



Resepi~ Ketam Goreng Bercili

$
0
0
Salam

Antara menu lunch for today,

Ketam Goreng Bercili

Bahan-Bahan
* 4 ekor ketam dibelah dua
* 1 mangkuk cili kering#
*5 biji bawang merah#
*2 biji bawnag putih#
*belacan sebesar ibu jari#
* 1-2 biji bawang putih dihiris
* halia sebesar ibu jari dihiris
* sos tiram 1 sudu besar
* sos cili 1 sudu besar
* sos tomato 1 sudu besar
* 1 cawan air
* 2 sudu butter
* 2 biji telur
* daun sup/ daun bawang

Cara tak Cara
~goreng ketam terlbih dahulu, jgn goreng lama sgt.. tos dan ketepikan
~ kisar bahan2 bertanda #
~ panaskan buuter dlm kuali, tumis halia dan bawnag putih yang telah dihiris
~ kemudian tumiskan bahan2 kisar shingga minyak naik.. shingga cili kering tu masak ye
~ masukkan cili sos, sos tomato dan sos tiram dan air
~masukkan ketam yang sudah digoreng tadi
~ masukkan dua biji telur dan gaul2 supaya ianya berketul
~ perasakan dgn garam dan gula
~ bila telur dah masak, masukkan daun sup dan gaul2 sebentar dan bolehla dihidangkan... 

then bolehla ngap dgn nasi panas :)

3333

$
0
0
heee... tadi agak surprise bila baca kat wall facebook

"cinta kita berusia 3 tahun 3 bulan 3 minggu 3 hari.... hehehehehee banyaknya 3 huhuhuhuhuu i ♥ you"
 
my CH tetiba tulis cam gitu.. haih, cam pelik plak dia blh igt exactly tarikh siap hari tu.. dripada kitaorg start jumpa .. sdgkan besday saya pun dia penah confuse.. haha..
rupa2nya dia cilok dri blog saya
 
ooooo..skodeng blog saya rupenya..kata x pnah baca blog saya..pentipuuuu...  hhehe

baru je nak rasa cam bangga CH igt tarikh... rupe2nyaa.... tgk kat blog.. btw, hati still kembang2 berbunga bila he wrote that words.. :)

tapi mmg cantik nombor tu... 3Y3M3W3D :)

Frust!!

$
0
0
ni bukan frust menonggeng, tapi frust berdiri...
actually me n my family nak plan jejalan ke satu tmpat ni... dh byr deposit, tapi mcm kna burn je deposit tu sbb kekangan duit... huwaaaaaaa....
klu ikutkan , blh je nak pergi.. tapi tup2 ada dtg dugaan demi dugaan... rase cam x berbaloi nak gi dgn masalah yang ade skang neh... ermm... tapi dlm proses perbincangan dgn my husband.. nak tggu bonus?? hahahahhaha... klu company bagi mmg saya tenyeh2 mata *tanda x percaya... (nmpak gaya mcm takde) klu xde ni, tahun depan berambus laaa
actually tgh pikir2 camne nak dptkan duit lebih?? (jgn suh saya jual kek semula, sbbnya byk nak kna kluar modal balik ni) hurmmmmm , ape yee

bebelllllll

$
0
0
Salam Kekawan

TOP#5 hari ni yang saya nak bebelkan... terima kasih sbb sudi jadi telinga dan mata tuk syaa ..heheh


BEBEL#5 (Badminton)
: 2 minggu dh x main.. setiap kali ajak CH skang dia pun cam malas.. mlm2 dh x berapa nak hujan, spatutnya lagi rajin.. ni time hujan plak rajin.. sanggup main dlm hujan2 renyai.. ni bila malam terang benderang bukan main malas lagi dua2 nak gi badminton... huuu.. guano

BEBEL#4 (Sarapan)
: Rase dh berminggu x rajin cam dulu, masak sarapan untuk CH.. dulu kira rajin jgak la. senin nasi goreng, selasa bihun goreng, rabu mee goreng..now, isnin roti, selasa roti , rabu roti...  agak2nya setiap kali makan roti CH mnyumpah kat saya kot..ahhahahaha... bila saya nak rajin ni.. tulaarrr, ni msti selalu tido lewat, bgun pun dh kelam kabut

BEBEL#3 (Tumit)
: bagun pagi rase tumit sakit..jalan skit rase sakit... oooo... tu maknanya badan makin besar.. nampaknya plan tuk kurus mmg x mnjadi :P

BEBEL#2 (Tidur)
: Lately ni payah sgt rase nak lelapkan mata.. cam semalam terkebil2 sampai pukul 3.. CH ajak teman tgk bola, saya nak tidur dulu ..knonnye la.. sekali dia dh habis tgk bola, mata saya duk terbeliak lagi pandang siling... rasenye kna buat keja2 kontraktor bru lena tidur kot... ni kat ofis dh tersenguk2.. huhuu

BEBEL#1 (Ayam)
: setiap kali pasar malam saya excited.. hehhe..so, smalam beli la seketul ayam ala2 kfc tapi jual kat lori (selalu beli tempat lain) sbb nak hujan, saya beli mana yang terdekat.. balik umah, bila time nak makan, bukak je plastik ade bau lain macam, saya igt bau ape.. then letak nasik, letak ayam, letak sos, amik sikit, kuak skit kulit ayam tu, tetiba ..mak aih!!! bau lagi tak hengat.. mcm bau bangkai..serious, mcm bau tong sampah yang org dh lama x angkat smpah.. haktuih punye bapak ayam.. jual kat customer ayam yang dh lama..agaknya tak laku, dia goreng2 balik..luar nampak cantik je, tapi bila kuak ckit kulit nampak isi ayam mcm dh biru2...  bagi kucing belakang umah je makan... tak kuasa nak gi maki hamun mintak ganti.. saya TAK HALALKAN duit ayam tu.. nak berniaga jgn la pikir nak untung je.. >_<

Resepi ~ Sup Ikan Merah

$
0
0
Salam & Hye Guys

Suppose hari ni gi kenduri kahwin, kami suami isteri ade masalah mental ckit :P  so, tak jadi pergi.. kepala ligat duk pikir nak makan ape, cdg nak makan luar mcm x besh je..rase xde ape yg memikat hati.. tgk peti ais ade bebrapa potong ikan merah..pikir le ape nak masak.. last2 dpt idea masak sup ikan merah..sib baik ade bahan2, so masak sup ikan merah sahaja..hehhe..dgn keropok kepng dan budu.. itu aje.. jomla cekidaud resepi yang sonang

Sup Ikan Merah

Bahan-Bahan
~ 2 potong ikan merah dihiris
~ 3 ulas bawnag merah dihiris
~ 2 ulas bawnag putih di hiris
~ 3 cili padi dipotong2 kecil
~ 1 sudu besar sos tiram
~ 1 kiub pati ikan bilis
~ sedikit lada hitam
~tomato 2 biji
~ bebrapa tangkai daun sup
~ air secukupnya seta minyk tuk menumis

Cara tak Cara
~ tumis bawang dan cili padi shingga naik bau
~ masukkan air serta sos tiram/pati ikan bilis/lada hitam
~masukkan ikan merah dan biarkan separuh masak
~masukkan tomato dan daun sup
~biarkan masak..perasakan dgn garam
then serve :)

MAHA International 2012

$
0
0

Salam Guys

Hari ni gigih btul bangun pagi2..lagi awal dri time nak gi keje.. kul 7:30 dah gerak dri Sentul, trus menuju ke UPM, semata2 nak gi MAHA :) Gigih tak gigih.. sbenarnya x plan nak pegi, tapi my mum dri tahun bila tah nak pergi, setiap kali pergi je blum kluar tol lagi dh stuck, kat dlm for sure jem.. so, strategi kami kali ni, kluar awal, sonang... yup mmg sonang, sampai terlalu awal, baru perasan yg MAHA ni start pukul 10 pagi... tapi time ni dptla parking yang dkat dgn exhibition, kalau lewat dah sah2 nak menapak jauh.. tuk yang nak pergi, better parking di kawasan PARKING C & PARKING D , xdelah jauh sgt, n korang sgt2 digalakkan dtg b4 10am (weekend) tuk mengelakkan tension cari parking + jem.. 
oh, ya, walaupun dh sampai awal sgt, kitaorg breakfsat dulu.. byk pilihan makanan.. then survey dlu nak gi mana,  better dptkan pamplet (layout) snang korang nak budget.. x sempat rasenya nak gi smua tmpat, choose tmpat yg kornag rase nk pergi

then dlm pukul 9:30 pagi kbanyakan stall dh beroperasi, so ape lagi bermulala pengembaraan kami :) niat di hati, ok kali ni JALAN-JALAN sahaja.. no BELI-BELI.. sbb dlm mind ni igtkan ade jual pokok2, buah2an..cam gitu je..so potensi untuk membeli tu xde..
sekali, baru jejak satu exhibition hati dh x keruan, byk btul produk2 kat sni..snang cakap merangkumi smua industri.. makanan ade, kosmetik, ubat2an, pertanian, perikanan.. ok, mmg x smpat pegi semua.. x larattt...so kami pergi ke exhibition mengikut negeri2 di Malaysia, Agrobazaar, Sejuk Beku.. pokok2 bunga ke, ape ke.. time tu dh bendera putih, giving up!!

 klu nak jalan2 dri satu exhibition ke satu tmpat lain, korang naik tramp ni, tapi make sure tggu kat tmpat bus stop, kalau main tahan tgh jalan mmg xkan layannye korang.. tapi tanya dulu destinasi tramp tu, sbb tmpat lain2.. but dont worry, tramp ni byk..setiap minit ade je..w/pun ramai naik tpi tggu x lama laa


Time kat Agro bazaar byk jual Madu Tualang , susu  kambing, pati delima (tuk kita2 yang TTC ni , byk pilihan) then korang digalakkan berjalan dlm satu gerombolan tuk mengelakkan diri di tarik oleh promoter.. bukan ape, once korang dh kena tarik, minat plak dgn produk tu, pastu terbeli..satu kedai takpe, kalau berpuluh kedai?? haih..mau bankrap :P

and make sure jalan2 ni korang dh siap2 makan dulu tau..bila lalu kat bahagian makanan, mcm2 nak testing.. OMG, Bolh jadi kenyang makan sample sahaja.. at least bila dh kenyang korang xde rase nak membeli sgt... heheh .. and tmpat makan pun banyyyaaaakkk giler...byk pilihan

haih ni bila smua nak ditesting,mmg akan terpengaruhnye la dgn penjual.. pandai btul diorg gebang..klu x, xkan blh jadi pjual :)



mmg mcm2 la ade kat sini.. serius, mmg x larat!! klu korang nak rase makanan2 setiap negeri korang gi dkat exhibition yang ikut negeri tu.. byk jual kat situ..persembahan pun ade jgak..

 nampak real kan patung ni?? heheh.. tapi bukan patung, tapi mmang org pun.. korang posing la, buat lawak la tepi tu, pakcik ni buat deekkkk je.. mcm guard kat istana tu.. geletek karang baru tu.. nak jumpa pakcik ni pergi ke gerai kopi hang tuah :)

nak jln2 camni x pyh la nak pakai heels ke, kasut tggi ckit je ke. kita sarung selipar toilet je.. tak pun sport shoes.. rasenye hari ni berjalan dh lebih 10,000 langkah... hahhaa..dasat tak? salute la my mum yang larat nak bjalan.. tpi klu shopping mmg my mum larat hahha..sbb tolong angkut barang ramai.. hehe
time balik tgh ... byk giler kereta... sib baik time kitaorg sampai, sampai skali dgn penjaja... hahhaa.. mmg kesian la mana2 makcik yg kena menapak jauh2.. dgn baby budak kecik. time kami balik lebih kurang pukul 1 tghari..molek sgt la, matahari tgk atas kepala.. oh ya digalakkan bawak payung k..mana tau klu hujan, panas pun korang kena berpayung jgak.. alhamdulillah cuaca panas, klu hujan mmg jenuh laa...
time kami nak kluar dri UPM ni, lebih kurang setengah jam.. nak kluar pun jem..sib baik time dtg, clear...ahhahahaha

antara barang2 keluaran bumiputera yg di shopping

 tepung tuk goreng, mmg sdap bila bgi testing...

 ni sbaun yanh diblend bersama buah2an.. ade sabun tomato, betik, pegaga dan mcm2 lagi..bau harum, tapi blum pakai lagi
 cheeze yang selalu letak kat wedges tu.. murah je..bancuh dgn air panas je.. mmg time testing rase marbeles

cucur badak frozen, yummmyyyy...

and banyak lagi la.. ade roti tu pun sedap.. berat badan naik? toksah risau , sbb korang dh byk berjalan nant..hehhehe..
yang lelain kalau nak pergi mmg sempat lagi, ade seminggu lagi ni, but make sure kena ade strategi ok, supaya x tensionnnn..heheheh.. pergi tau, jangan tak pergi... mmg besh ^^,

time balik rase penat sgt, mcm baru balik dri vacation...hue hue hueeee...

Kira masa subur~

$
0
0
Salam Kekawan

Mesti ramai yang dh tau camne nak kira waktu subur.. tapi kalau nak lagi snang, malas nak conteng2 kalendar kat opis tu boleh terus pergi ke link ni SUBUR , ni untuk waktu period yang teratur .. tapi ikutkan saya pun x tgk sgt waktu2 subur ni.. hehehe.. 

 pergi ke link tersebut dan masukkan tarikh mula period sahaja dan klik "kalkulasi"

 kemudian akan terus keluar kalendar ni..
yang ade gmbr LOVE tu time tu kesuburan sangat tinggi, so time2 ni ape lagi, sila pakai lingerie, ajak suami masuk bilik awal :P 
yang ade gmbr telur tu , time ovulasi

well, tgk pada kalendar tu sepatutnya saya first period pada 25th November, tapi dua bulan kebelakangan ni, tarikh mula period saya tetap pada 29th setiap bulan.. sbeleum ni awal beberapa hari.. so, suppose esok laaa... normal kan ? ke tak normal? hahhaha

tanda2 nak period dh ade dah..perut kembung giler, nak makan yang manis2 jee.. hurm last cycle , Alhamdulillah, langsung tak senggugut.. cuma rase nak tidur je.. mungkin last cycle saya beberapa kali bersenam, and a few days makan oat dan setiap hari makan epal hijau... mungkin tu yang mendorong saya tak senggugut.. tapi dis month, langsung x senaman then oat pun dah lama x makan... haih... jgn la sneggugut teruk...

tapi dlm hati pun, ade la ckit mengharap kot2 ade nyawa dlm perut ni ke.. hhehehe

Cara korang tido.....

$
0
0


Heee..cam cute plak gmbr ni.. cilok from blog faiz :P
Gaya-gaya tidur .. mungkin ade yang sama mungkin ada yang tak..mungkin tiada satu pun di atas :P

1. Zombie attack - slalu sgt CH buat attack camni, tpi saya tak boleh tidu beralaskan lengan dia, sakit tengkuk ... :P
2. Cat Block - my oreo mmg sah2 tak dibenarkan masuk bilik, so gaya ni mmg x wujud
3. hah yang ni mungkin time saya sakit senggugut, cara tidor pun dh mcm org gila, CH pun terbabit sama tidur tunggang langgang
4. Invisible dog ~ ni klu tgh tak sedar mungkin la tdo cam gini
5. ok, yang ni mmg slalu... CH akan rapat sampai saya mmg sipiiiiiiiiiiiiiiii je lagi nak jatuh katil..mmg sakit hati tau, tapi sbb suami kan, saya ghedoo.. (redha) hahaha
6. Human Braid - SEPATUTNYA suami isteri kna tidur camni... tapi kekdang dpt bertahan bape minit je, x larat nak tampung kaki CH, berat :P
7. Jangan diamalkan..klu x sedar xpe
8. sebelum nak tidur, takpun time bila tetiba tidur mimpi seram ke, klu terjaga automatik peluk CH kuat2.. hehe

tapi klu ikutkan saya suka tidur terlentang and suka tidur bwh ketiak CH.. dah la saya jenis susah nak tidur, rasenya dlm satu malam mcm2 posisi tidur... huhu

p/s : cam over plak buat entry pasal posisi tidur :P tapi lantakkklaaaaa, :D

Viewing all 201 articles
Browse latest View live